Thursday, February 3, 2011

Ganache coklat



Ganache berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'cusion'. Ganache ada pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan menyalut kek.

Ganache yang asas menggunakan dua bahan iaitu krim pekat/krim putar (dairy whipping cream) dan coklat masakan. Bagamanapun anda boleh menambah mentega dan esen vanilla dalam adunan ganache. Krim pekat boleh digantikan dengan air, susu cair (evaporated milk), susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan dan teksturnya. Oleh itu hotel-hotel dan bakery, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar kerana hasilnya lebih baik.

Jika anda mahu topping yang cair anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal, sejukkan semalamam pada suhu bilik. Keesokkannya barulah boleh digunakan. Satu perkara perlu diingatkan coklat tidak boleh dicairkan dengan haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat. Ini akan menjejaskan tekstur ganache.

Anda tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus kedalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache.
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.




No comments:

Post a Comment